Tuesday, January 20, 2015

💰TIPS EMAS 💰:

💰TIPS EMAS 💰: 🐢Tips1: Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9 peratus) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. Ia mudahh dikenal pasti kerana nombor tersebut akan ditempa dibahagian belakang barang kemas tersebut.

🐢Tip2: Beli barang kemas padu/ tumpat sahaja Elakkan barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang belubang ataupun mempunyai batu pertama.Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dsb. Bila barang kemas tu rosak, terpaksalah trade-in sebagai 'used gold' dengan harga diskaun 25 peratus; Kalau disimpan sahaja, maka akan dikenakan zakat emas yang tidak dipakai dan nisabnya lebih tinggi emas yang dipakai.

🐢Tip3: Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai '2nd hand value'nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100peratus emas 916, biasanya emas 750.

🐢Tip4: Simpan resit belian Resit asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ia perlu untuk pajak di Ar-Rahnu nanti. Kalau nak jual balik emas yang kita beli dari Poh Kong contohnya; kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20 peratus (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskaun 25peratus dari harga semasa.

🐢Tip5: Jangan beli emas putih Emas putih di jual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi samaada 75peratus atau 37.5 peratus emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop '750' atau '375' sahaja. Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30 peratus kalau ada resit, dan 50peratus kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang ianya rugi dari sudut pelaburan.

🐢Tip6: Survey kos upah paling rendah. Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun rekabentuknya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus.

🐢Tip7:Pemilihan kedai Pilih kedai yang menjual barang kemas mengikut harga yang ditetapkan Persekutuan Tukang Emas dan Persatuan emas Malaysia. 🐢

Tip8: Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi. Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20 peratus - 25 peratus, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15 peratus untuk barang mereka

No comments:

Post a Comment