Wednesday, July 31, 2013

Hypptv channel on streamyx 4mbps and 8mbps nationwide

Hypptv package with streamyx is now available nationwide, not limited to Unifi subscriber in Klang Valley, industrial area in Penang, Johor and Melaka.

Details of the package are as follows, the hypptv package is only applicable for bandwidth 4Mbps and 8Mbps.

Prebiu Eksklusif Hillpark Shah Alam

Anda semua dijemput ke prebiu istimewa rumah teres dua tingkat eksklusif Pines di Hillpark Shah Alam mulai 29 Julai – 2 Ogos 2013 di Menara TM Kuala Lumpur.
 Tarikh  : 29 Julai – 2 Ogos 2013Tempat : Aras LG, Menara TM, Jalan Pantai Baharu, Kuala LumpurMasa    : 10 pagi – 5 petang Sila bawa dokumen-dokumen berikut untuk permohonan pinjaman ketika pameran diadakan: 
Bekerja dengan majikan
Bekerja sendiri (jika gabungan nama)
      a)     Salinan kad pengenalan (4 salinan)
      b)    Penyata gaji 3 bulan terbaru
      c)     Penilaian cukai terbaru “EA form”
      d)    Surat pelantikan jawatan – jika bekerja dengan syarikat dalam tempoh kurang 6 bulan
      e)    Penyata bank 3 bulan
      f)     Penyata KWSP terbaru  
      a)     Salinan kad pengenalan untuk semua Pengarah Berdaftar – Borang Pendaftaran Syarikat (4 salinan)
      b)    Pendaftaran Perniagaan - Sole Proprietor, syarikat berdaftar di bawah Sdn Bhd – M&A, Borang 24, 44, 49
      c)     Penilaian cukai terbaru Pengarah dan resit
      d)    Penyata bank syarikat 6 bulan
 Bayaran sebanyak RM1,000 dalam bentuk cek atau bank deraf kepada “Puncak Alam Resources Sdn Bhd” diperlukan untuk setiap unit pembelian. Untuk kemudahan, anda boleh menghubungi bank panel pemaju (Maybank) seperti di bawah untuk bantuan kelayakan pinjaman mulai sekarang: 1.     Jacky Wan Kim Shing  012-20390482.     Eunice Bon Yoon Keng  016-21212223.     Fareedil Altras  012-2140465

Sunday, July 21, 2013

Saville @ The Park, Bangsar


If you're looking progress development of your purchased property at Saville @ The Park, Bangsar? This blog is the source where you could find the desired info online. I had a snapshot for the said progress.


The construction progress in west tower is getting fast compared to east tower (by referring to master plan). For Villa, they have just completed the piling exercise.

Saturday, July 20, 2013

Peraturan baru bank negara

PADA 5 JULAI 2013, Bank Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan: (i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun); pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan (iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.

Alasan yang diberikan Bank Negara adalah untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%.

Akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang).

Persoalannya, kenapa hutang rakyat kita tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.

Pertanyaannya, mengapa harga rumah mahal sehingga boleh membuatkan kita terhutang sampai ke tua? Bila rakyat bertanya hal ini, jawapan pemaju mudah sahaja, iaitu kerana barang kos pembinaan seperti simen, pasir, batu-bata dan seribu satu macam perkara lain lagi naik harga. Bagi ahli ekonomi, mereka menjawab kerana permintaan melebihi penawaran.

Saya pun hairan kenapa kerajaan tidak boleh mengawal harga rumah ini? Apakah payahnya sangat untuk kerajaan menetapkan harga rumah mampu milik kepada rakyat, iaitu rumah yang boleh dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana yang harganya dalam lingkungan RM100-RM200 ribu sahaja.

Ini kerana saya lihat harga rumah yang ditetapkan oleh pemaju sekarang sudah di luar dari istilah rumah mampu bilik. Bayangkan bagaimana seorang yang baru bekerja boleh memiliki rumah jika harga rumah dua tingkat di Bandar Baru Bangi dengan keluasan 20”X70” pun sudah mencecah RM500 ribu. Bayangkan harga rumah kondominium di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit dan harga sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta. Siapakah yang mampu membelinya?

Bayangkan pula kalau ada hutang kereta, anak kecil 3 orang, kena beli lampin anak, bayar orang gaji, kad kredit, pakaian, persekolahan, minyak kereta dll, maka apa lagi yang tinggal? Bagaimana mungkin mampu untuk membeli rumah semahal ini jika pendapatan suami isteri hanya RM5 ribu sebulan sahaja dengan bayaran yang ditetapkan dalam masa 35 tahun. Jika suami isteri berpandapatan RM5 ribu pun tidak mampu, bagaimana bagi mereka yang berpendapatan lebih rendah dari itu?

Saya cukup risau dengan harga rumah yang tidak terkawal dan over priced ini. Sekarang ini pun dengan gaji RM6 ribu sebulan, belum tentu dapat membeli rumah yang berharga RM400 ribu. Andaikan si pembeli meminjam RM400 ribu sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun. Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun. Persoalannya, berapa ramaikah rakyat kita memiliki pendapatan RM6 ribu sebulan sekarang?

Apabila melihat kepada masalah harga rumah yang semakin ‘tidak masuk akal’ sekarang ini, saya terpanggil untuk membincangkan masalah ini. Saya sedih melihat nasib rakyat yang terhimpit dengan masalah ini kerana biarpun sudah berumur 45 tahun dan berkelulusan universiti, sehingga sekarang pun masih ‘menyewa’ lagi. Itu belum lagi mengambil kira mereka yang bekerja di bawah dari tahap gaji pegawai yang berkelulusan universiti.

Atas masalah harga rumah yang tinggi ini, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengambil tindakan berikut:

i. Turunkan kadar faedah daripada 4% kepada 2% sahaja untuk pinjaman kerajaan dan dari 6% kepada 3% sahaja untuk pinjaman bank bagi rumah pertama. Ambil perhatian kerajaan Kelantan tidak mengenakan faedah kepada kakitangan awamnya dan Public Bank hanya mengenakan kadar faedah sebanyak 1% sahaja kepada kakitangannya.

ii. Naikkan elaun perumahan untuk kumpulan sokongan dari RM180 sebulan kepada jumlah yang lebih wajar. Di Kuala Lumpur, sewa sebilik pun sudah RM250-500 sebulan. Bagi pekerja swasta pula, kerajaan perlu mewajibkan syarikat membayar elaun perumahan kepada pekerjanya campur dengan gaji minimum yang baru diwajibkan.

iii. Kerajaan sendiri membina lebih banyak rumah sesuai dengan permintaan dengan tidak lagi menyerahkannya kepada pemaju swasta. Sekiranya syarikat swasta mahu juga membinanya, kerajaan perlu meminda akta supaya segala pembangunan perumahan yang dilakukan oleh syarikat swasta hendaklah mengikut syarat-syarat ketat harga yang ditetapkan kerajaan supaya harga menjadi terkawal dan tidak lagi melampau.

iv. Menteri Perumahan yang baru sepatutnya merangka mekanisme untuk menurunkan harga rumah sama ada dengan mengurangkan kos pembinaan dan lain-lain tindakan yang wajar.

v. Jika harga rumah mahal disebabkan oleh harga tanah, maka kerajaan hendaklah menetapkan harga siling bagi setiap kaki persegi tanah kerana tanah adalah milik kerajaan yang boleh dikawal.

vi. Jika harga tanah di bandar mahal untuk membangunkan perumahan, maka binalah apartment ‘layak duduk’ yang sesuai untuk golongan berpendapatan rendah. Mereka tetap perlu disediakan rumah kerana itu adalah keperluan asas manusia yang perlu disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya. Jangan pula cari alasan ‘kalau ayam mahal jangan makan ayam’, atau ‘kalau rumah di bandar, mahal sewa atau belilah rumah di kampung’.

Saya yakin jika kerajaan boleh membuat pelbagai program seperti Hari Sukan, Hari Wanita dan Hari Belia dengan kos yang berjuta, tentunya tidak sukar bagi kerajaan untuk mengambil langkah lebih adil bagi menyediakan perumahan kepada rakyat ini.

Mengingatkan tentang hutang rakyat kita yang terlalu tinggi dan ramai lagi dari kalangan mereka yang masih belum mempunyai rumah sendiri, hati saya mengeluh. Semoganya tidak lagi selepas ini.


Info adalah dari wall post Mohammad Agus Yusoff

Hillpark Shah Alam

Anybody who wish to buy a landed properties in Shah Alam, Hillparkshahalam is one of the project not to miss out. however this project is not yet open to public. For your information, TM is the land owner for this project and currently internal circulation has been distributed to TM's internal staff who wish to buy a property. I have confirmed with MKH property, the booking of RM 1000 - being part of down payment shall not be returned if your housing loan is not approved. There will a roadshow in Menara TM on 29th July 2013 to 2nd August 2013. Anyone interested should come and book you desired unit.

For the 2 storey link house, there will be two type

Type A: 22'x70' from RM415,000
Built up size - 1,677 sf

Type B: 20'X70' from RM368,000
Built up size - 1,484 sf

Incentive given to TM's staff - Bumi 7% Bumi Discount & 3% special discount
Free SPA & Loan Legal Fees

Monthly payment should be around to RM1500 to RM1800 per month. Minimum salary (clean) is RM 2800 (no other commitment). Combine loan is preferred.

There a also bungalow and Semi -D unit shall be offered.Don't miss out this opportunities.






Thursday, July 18, 2013

Program Pemilikan Rumah Idaman Negeri Selangor

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai Program Permilikan Rumah Idaman Negeri Selangor atau IDAMAN PKNS. Ianya adalah sebuah inisiatif holistik di dalam menyediakan kediaman mampu milik yang berkualiti untuk rakyat Selangor yang diusahakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Bukan setakat pendapatan isi rumah, pelbagai keperluan sosial serta peringkat demografik turut diambil kira dalam menghasilkan kejiranan yang terancang, selesa serta dilengkapi dengan kemudahan serba lengkap.

Projek - projek dalam pembinaan

1. Bukit Botak, Selayang
a. 1422 unit
b. Harga Jualan – RM99,000/ unit
c. Harga Pasaran – RM300,000/ unit

2. Seksyen Tiga, Bangi
a. 124 unit
b. Harga Jualan – RM60,000 hingga RM90,000
c. Harga Pasaran – RM200,000 /unit

3. Projek – projek lain
a. Antara Gapi, Serendah: Teres 1 ½ tingkat
b. Kota Puteri, Ijok: Townhouse 2 tingkat
c. Seri Temenggong, Gombak: Pangsapuri
d. Petaling, Seksyen U12: Pangsapuri

Projek – projek dalam perancangan (2013 -2021*)
1. Hulu Selangor
a. Antara Gapi – 1227 unit
b. Bernam Jaya – 5000 unit

2. Klang
a. Jalan Dato' Md. Sidin - 210 unit

3. Petaling
a. Seksyen U10 – 600 unit
b. Seksyen U12 – 850 unit

4. Sepang
a. Taman Sains Selangor 2 – 840 unit

5. Gombak
a. Kota Puteri – 714 unit

* Cadangan perancangan yang mana penambahbaikan rekabentuk sedang dijalankan dari masa ke semasa

Kelayakan

1. Pemohon mestilah berdaftar dengan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor dan adalah warganegara Malaysia.

2. Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 18 tahun semasa permohonan dibuat.

3. Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM5,000.

4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.

Nota Penting

1. Perumahan IDAMAN PKNS akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.

2. Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.

3. Moratorium selama 5 tahun akan dikenakan dimana rumah IDAMAN PKNS tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran kerajaan negeri.

4. Pemilik wajib mendiami rumah IDAMAN PKNS tersebut

Carta Aliran Penawaran Rumah Mampu Milik oleh PKNS



Projek-projek IDAMAN PKNS

Seksyen 1D, Antara Gapi


129 UNIT LINK 1½-TINGKAT • 20’ x 60’ • KELUASAN DARI 995 KPS

Ciri-ciri utama:-
· Rekabentuk dan susunatur rumah untuk gaya hidup masakini.
· Kemasan dalaman rumah dan perkakasan bilik mandi yang cantik dan berkualiti adalah pelengkap kepada kelapangan dan keselesaan setiap ruang dalaman rumah.
· Suasana yang kondusif dikelilingi kehijauan.

Seksyen 3, Bangi

Ciri-ciri utama:-
124 unit
Harga jualan - RM60,000 hingga RM90,000
Harga pasaran - RM200,000 / unit

Bukit Botak Selayang


Ciri-ciri utama:-
· 1,422 unit
· Harga Jualan – RM99,000/unit
· Harga Pasaran – RM300,00/unit


Hubungi Rumah Idaman PKNS

Alamat:

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
Kompleks PKNS Shah Alam,
Persiaran Tasik, 40505,
Selangor Darul Ehsan

Telefon:

1800 88 7567

Website:

Wednesday, July 17, 2013

Harga Rumah Melambung Tinggi di Lembah Klang

Kita adalah antara 60 peratus kakitangan kerajaan yang belum memiliki rumah sendiri.
Mungkin ramai yang menganggap warga kerajaan disediakan kuarters, maka kami tidak mahu beli rumah sendiri.
Hakikatnya harga rumah semakin naik 10 hingga 20 peratus setahun tidak kira rumah itu baru dibina atau penjualan rumah sekunder.
Sekarang ini, berapa banyak rumah yang dijual pada kadar RM200,000 untuk memenuhi keperluan pertengahan? Melihat kepada pasaran sekarang, rata-ratanya rumah yang dijual melalui projek perumahan baru, harga sesebuah rumah teres bermula RM400,000 dan ke atas.
Yang peliknya, apartmen atau kondominiumpun serupa harganya. Bukankah ia sepatutnya murah sebab tidak melibatkan tanah yang banyak? Melihat kepada pasaran penjualan rumah sekunder harganya bermula RM280,000 dan ke atas. Itupun susah nak dapat.
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) pula buat alasan kononnya harga rumah meningkat sebab permintaan melebihi penawaran, kos upah dan kos bahan pula meningkat setiap tahun serta kos perunding pereka bentuk rumah.
Tetapi kenaikan kos-kos ini mengakibatkan harga rumah naik secara mendadak. Umpama segelas air teh tarik RM1, apabila susu naik 20 sen, patutkah harga teh tarik naik RM1.20? Maksud saya, perlu ada kawalan kenaikan harga di sini dan siapa perlu ditanggungjawabkan?
Pemaju perumahan ini membeli bahan pembinaan secara pukal. Sifir untuk dia tanggung kenaikan itu ada tetapi dia serah bulat-bulat kenaikan itu kepada pembeli. Pada masa sama, dia mampu membina kediaman mewah.
Dengan angkuh REHDA kata rumah bawah RM250,000 tidak boleh bina sekarang sebab kos mahal dan tidak berbaloi apabila mendapat keuntungan. Kerakusan manusia tiada batasannya. Semua memikirkan untung satu pihak sahaja. Salah satu penyelesaianya di sini, pemaju boleh membina rumah tanpa memasang jubin lantai.
Aktiviti manipulasi banyak menyumbangkan kepada kenaikan harga rumah serupa pasaran saham. Spekulator kononnya pembeli sengaja menaikkan harga rumah.
Golongan tersebut membeli dengan harga serendah RM500 (booking) dan buat untung atas angin sehingga mencecah RM20,000 semasa jual balik. Pembelian secara pukal oleh syarikat hartanah menghancurkan harapan individu untuk membeli rumah.
Salah satu punca permintaan melebihi penawaran adalah disebabkan tiada kawalan ke atas had pemilikan rumah. Ingatlah rumah ini benda yang paling asas bagi manusia. Kalau benda asas ini dijadikan suatu bentuk perniagaan yang melampau akan mengakibatkan satu ketidakseimbangan sosioekonomi di Malaysia satu hari nanti. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.
Langkah-langkah membendung kenaikan harga hartanah.

1.  Kementerian Kewangan yang mempunyai kuasa menyediakan dasar seperti penentuan kadar cukai keuntungan harta tanah dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang membantu Kementerian Kewangan dalam melaksanakan polisi berkaitan harta tanah perlu bertindak secara proaktif. Mereka perlu memberi arahan kepada pihak berkuasa tempatan supaya memantau aktiviti urusan jual beli rumah kediaman. Pastikan pembeli terdiri daripada golongan pertengahan memiliki rumah daripada projek perumahan yang dilaksanakan dalam kawasan masing-masing.

2. Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (Akta 169) @ RGPT 1976 perlu dikuatkuasakan semula dengan kadar segera. Pelupusan aset dalam tempoh dua tahun selepas tarikh perolehan dikenakan 30 peratus cukai, pelupusan dalam tahun ketiga 20 peratus dan seterusnya. Untuk mudah cara, bekukan penjualan aset selama lima tahun pertama kecuali atas hal-hal yang dibenarkan.

3. Pelaburan-pelaburan syarikat tempatan dan multinasional perlu bertumpu kepada negeri-negeri Pantai Timur khasnya di Kelantan. Wujudkan Free Trade Zone serupa di Pulau Pinang. Lebih 50 peratus penduduk Lembah Klang adalah dari negeri-negeri Pantai Timur. Apabila peluang pekerjaan sudah ada, ini akan memudahkan mereka bekerja di negeri sendiri. Secara automatik, permintaan perumahan di Lembah Klang akan menurun dan harga rumahpun menurun.

4. Kerajaan mesti wujudkan akta had maksimum harga rumah mengikut kategori (murah, sederhana dan mahal) dan pastikan golongan sasaran memiliknya. Larang kumpulan pendapatan tinggi membeli rumah sederhana dan rendah untuk tujuan spekulasi ataupun penyewaan.

5.Putrajaya dan Cyberjaya perlu dibangunkan dengan rumah kediaman kos sederhana.

6. Pejabat operasi syarikat multinasional atau cawangan syarikat lebih bertumpu kepada pusat bandar yang dah lengkap dengan segala prasarana, contoh: Damansara, Petaling Jaya. Perlu buka di tempat lain. Contoh: Putrajaya, Dengkil, Sepang.

7. Untuk Skim Rumah Pertama (SRP) kerajaan perlu hadkan pinjaman 100 peratus sehingga RM220,000.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20120907/fo_01/Harga-rumah-melambung#ixzz2ZJWI3dQA
© Utusan Melayu (M) Bhd